.::: azry syah :::.

By: AzRy SyaH

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  68  69  70  71  72  73  74  75  76  77  78  79  80  81  [82]  >  >>]    [Archive]
Thursday, 10-Feb-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Di Kelantan

Posing Beb..
 
 
View all 19 photos...
Bangun pagi di Bumi Kelantan, start our journey disini.. breakfast di Pasa Besar, Kota Bahru lepas breakfast terus shopping kat level atas, mak ai memang banyak pilihan sampai tak terpilih kita org. Kalau ada duit lebih ada yang beli sakan kat sini..Sabar kak tam..sabar hehehe

Lepas shopping, kita org lunch di rumah member Kak Farid.. Abg Zul di Jalan Pengkalan Chepa. Abis borak2 dengan Abg Zul terus ronda2 Kota Bahru, ke tempat-tempat menarik disini.

Petang dah menjelang, terus kita orang pergi ke Pantai Cahaya Bulan yang dulunya terkenal dengan Pantai Chinta Berahi. Tapi dah tak berahi seperti dulu, banyak pantai dah terhakis dek ombak yang memukul. Tapi ok ler, dapat lihat permandangan laut China Selatan.



Wednesday, 9-Feb-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Kelantan

Muka Toya
Baru sampai di Gerik..Lama lagi woo
Singgah Di Tasik Banding
View all 9 photos...
Tak sampai berapa hari aku pergi Cameron Highland, aku dikejutkan plak dengan rombongan Cik Farid ke Kelantan Cik Siti Wan Kembang. Aku, Kak Tam, Abg Man dan Kak Farid.. kita org berempat dengan menaiki WHA 4876 bertolak dari Manjung pada pukul 5.30 pagi.

First destination kami di Rantau Panjang.. pergh memang crowded dengan org membeli-belah. Barang-barang plak memang murah dengan harga boleh dirunding. Kalau Kak Tam dgn Farid memang shopping sakan, walhal ader 2 hari lagik diKelantan ni.



Sunday, 6-Feb-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Trip To Cameron Highland

Have a Tea time
Smile... u on candid camera
Posing di Equatorial Hotel
View all 6 photos...
6 Februari 2005

Aku dengan officemate telah membuat rancangan untuk membuat satu trip ke Cameron Highland. Destinasi ini dipilih secara tidak sengaja kerana pada masa itu terdapat 3 orang staff aku mendapat voucher penginapan di Equatorial Hotel, Cameron Highland so dengan kadar yang rendah aku dan Keluarga, Ramiz, Zaitul, Kak Baiyah, Adli, Azli (Lestari Wangsa) dan Suhaili n Family decide memilih Cameron Highland sebagai destinasi pilihan.








Sunday, 30-Jan-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
My First Family Day

Jantan Yang Terhangat Dipasaran
Buat apa tu?
Memang tak puas hati
View all 24 photos...
Assalamualaikum,

First of all, aku nak ucapkan selamat melayari alam cyber bersama aku. Ni adalah journal aku yang pertama utk tatapan u all. Tarikh 30 Januari 2005 merupakan tarikh yang paling ditunggu-tunggu oleh aku kerana pada tarikh itulah memberikan seribu makna pada aku. Bertempat di Yacth Club TLDM, Lumut aku dan rakan-rakan Design Outdoor Club (D.O.C) telah mengatur satu hari keluarga untuk para staff Design Division, PSC-Naval Dockyard.

Tepat 9.30 pagi bermula Family Day we all, berjalan dengan lancar walaupun ini merupakan pertama kali we all arrange acara sebesar ini. Selama ini acara D.O.C ialah jamuan perpisahan bagi staff yang nak meninggalkan kami, memang biasa sangat. Apa-apa pun aku nak ucapkan terima kasih pada rakan-rakan aku, terutama Kak Ana, Yati dan Ramiz kerana menghabiskan masa cuti diorang dgn membeli hadiah-hadiah di Ipoh. Selain itu terima kasih aku ucapkan kepada Kak Lina dan suami kerana berjaya mendapatkan katering pada saat-saat akhir, memang berbaloi menu yang disediakan. Terima kasih juga aku nak ucapkan pada Rahimi dengan idea-idea grafiknya dlm membuat kad jemputan dan banner yang direalisasikan oleh Pak Ishak n geng. Kepada Firdaus, Nasuha, Azuwan dan Yusri.. aku ucapkan terima kasih berbanyak kerana tanpa korang acara-acara sukan dan lain-lain tak boleh berjalan lancar. Dan pada yang tidak disenaraikan namanya juga aku nak ucapkan terima kasih, walaupun sedikit tak kiralah dari segi kewangan ataupun keringat namun kerjasama u all amat-amat dihargai.

Dalam Family Day tersebut, Komander Razak telah mengumumkan pemenang bagi mencipta logo dan menamakan syarikat bagi department kita orang. Dan pemenangnya ialah jatuh kepada Rahimi dengan logo yang simple tapi menarik, sementara 'DESIGN TECHNOLOGY' telah dinobatkan sebagai nama syarikat kami dan yang pasti nama tersebut dicetuskan oleh aku sendiri hehehehe...

Boleh dikatakan Family Day kita orang memang happening walaupun sederhana. Dengan bajet yang rendah, dapat mengadakan acara yang bagi saya cukup bermakna.




Tuesday, 18-Jan-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
First Step Into Cyber World

 
Assalamualaikum...

Terima kasih kerana baca aku punya blog, yang tak seberapa nie.. memang pada mulanya aku tak tau nak bubuh apa kat laman nie, tapi mungkin lama2 aku dah biasa dgn menatang nie so aku akan lebih kreatif n inovatif lagik. Oleh yang demikian member2 sekelian diharap bersabar dengan kehadiran dan kecanggihan idealisme aku.. Wacha!

~ Azry ~


[<<  <  68  69  70  71  72  73  74  75  76  77  78  79  80  81  [82]  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net