.::: azry syah :::.

By: AzRy SyaH

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]
Friday, 15-Jun-2007 00:26 Email | Share | | Bookmark
Edisi : Mutiara Jumaat V.28



" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Islam itu didirikan atas lima ( pekara ) - Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa sebulan Ramadhan. "



" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'



" Daripada Ummul Mukminin, Ummi Abdullah Aisyah r.a. katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu dalam agama yang bukan darinya adalah tertolak ', ~ diriwayatkan dari Al-Bukhari dan Muslim. Dan pada riwayat yang lain oleh Imam Muslim : " Barangsiapa yang melakukan sesuatu amalan yang tidak dari perintah kami, maka ia adalah tertolak. "


Wednesday, 13-Jun-2007 00:09 Email | Share | | Bookmark
Edisi : Indahnya Tempatku.. V.3






Pada cuti sekolah lepas, famili aku sempat jalan2 cuci mata hehehe.. tapi tak jauh mana ler, setakat area sini jerk. Bajet ler tu Sempat ler snap mana2 yang patut, rasanya sebelum nie ader jugak aku letakkan gambar TELUK BATIK tapi sekarang aku letak sekali lagi tapi dari persepsi lain plak. Layan....!!


Monday, 11-Jun-2007 00:39 Email | Share | | Bookmark
Edisi : Selamat Pagi Sang Suria





Semasa perjalanan pergi kerja dari kampung, terlihat suasana yang paling indah. Ketika matahari terbit memang asyik, lalu aku pun berhenti seketika utk mengambil gambar suasana yang asyik itu.


Tuesday, 5-Jun-2007 00:23 Email | Share | | Bookmark
Edisi : Antara Skool Holiday dan Orang Kawen

 
Hi Anak-Anak Semua!

Angkel sangat gumbira kerana anak² sumer dah nak start cuti skolah minggu depan. Jalan pun tak kan jem. leh la angkel kuar umah lewat sket sepanjang anak² sumer cuti skolah ni muahahaha sonoknye! Angkel cadangkan anak² semua berenti skolah terus lagi senang. Lapang je jalanraya tuh lalala... Eh! cam budak gi skolah bawak kete lak kan? Tapi mmg beza giler kalo musim cuti skolah mmg jln lapang je, psl mak bapak tak gi hantar anak ke skolah, jadik dorang pon leh kuar lewat atau awal ikut suke hati dorang. Kalo time skolah, semua keluar serentak hantar anak gi skolah, pastu masing² nak gi keje jalan jem tak hingat! Tu pasal la kalo cuti skolah aku la insan paling bahagia lalala...

Satu lagi minggu2 cuti sekolah nie angkel tgk ramai sgt nak kawen. Berebut2 org booking hari nak kawen, bukan setakat hari minggu tapi hari angkel keje pun ader yang jemput angkel. Kalau hari minggu tu jgn cakap ler, beratur kad2 kawen angkel dpt tapi kalau dekat2 rumah angkel tu boley ler angkel pegi tapi jauh2 tu.. kena pikir 2-3 kali ler yeek. Apa2 pun angkel nak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU pada pengantin2 yang baru kawen tu. Jangan nakal2 tau hehehe

Adios..!!






Friday, 1-Jun-2007 01:08 Email | Share | | Bookmark
Edisi : Mutiara Jumaat 27

:: Tazkirah ::
Quote:
Air Mata Nabi Adam

Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.

Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."







[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net